Wednesday, 2 July 2014

BUAH TIN


Nama Tempatan
Tin


Nama Saintifik
ficus sycomorus


Kandungan Unsur
Karbohidrat, protien, minyak, Yodium, Kalsium, Fosforus, Zat besi, Magnesium, Belerang (Fosfat), Asam Malic, Nicotinic, Chlorin.


Kelebihan dan Kegunaan
  • Bangsa Venesia Kuno memanfaatkan Buah Tin sebagai makanan dan ubat. Buah Tin digunakan sebagai plaster untuk mengubati Bisul (Jerawat) dan Rendaman nya digunakan untuk mengubati Demam.
  • Bangsa mesir Kuno menggunakannya sebagai ubat untuk pelbagai penyakit Lambung/Perut.
  • Ibnu Sina menegaskan bahawa buah tin sangat berguna untuk wanita mengandung dan menyusu serta bermanfaat untuk penyakit 'Busung Lapar'
  • Ar-Razi mengatakan bahawa Buah Tin Boleh menghakis asam dalam tubuh dan menangkalkan kesan negatifnya
  • Al-Muntawil Al-Baghdadi menjelaskan bahawa buah tin lebih bermanfaaat berbanding buah lain kerana didalamnya terkandung zat yang mampu melembutkan watak (emosi), menghilangkan haus, mengatasi masalah batuk kronik dan melancarkan pembuangan air disamping mebuka saluran-saluran makanan.
  • Ibun Qoyyim menjelaskan bahawa buah tin yang terbaik adalah buah tin berkulit putih kerana boleh melenyapkan batu di ginjal dan pundi kencing serta meneutralkan racun. Disamping itu ianya berupaya mengatasi gejala sakit tekak pada tenggorokan dan dada, membersihkan hati dan lymhoid serta menghilangkan campuran lendir dari lambung/perut. Buah tin yang kering memberikan penghantaran makanan yang berguna bagi saraf.
  • Baik untuk Tulang rapuh, nipis dan lembut kerana kaya dengan kandungan Kapur dan Fosfor
  • Kaya dengan Vitamin K yang dapat mengatasi kepekatan Darah (Thrombosis) serta menghentikan pendarahan
  • Rebusan daun Tin berguna untuk meredakan batuk dan mengubati haid yang tidak teratur. caranya dengan meminum air rebusan daun tin ini pada waktu yang dijangkakan datangnya haid.
 

Allah SWT Bersumpah atas nama Diri-NYA, Bersumpah demi Zat dan Sifat-sifat NYA, dan Bersumpah juga demi makhluk-makhluk NYA menunjukkan Keagungan dan Kekuasaan-NYA. Di antara makhluk-makhluk yang disumpahkan oleh Allah adalah buah tin (demi buah tin dan zaitun), ayat pertama dari surah At-Tin. Buah tin yang disumpahkan ini terdapat pada salah surah Al Qur’an dengan nama buah itu sendiri, tergolong tumbuhan jenis (Ficus) dari keluarga (Moraceae) yang menurut ahli botani jenisnya mencapai sekitar 700-an tersebar dipenjuru dunia.


Buah Tin termasuk dalam buah yang paling kaya kandungan Vitaminnya terutamanya vitamin B1, B2, dan Vitamin C serta kerotine yang merupakan unsur utama Vitamin A. Buah tin juga mengandungi banyak kandungan zat mineral terutamanya Besi, Kapur dan Tembaga, sebagai bahan-bahan pembentukan seltubuh dan pembentukan warna darah sehingga sangat memberi manfaat kepada pesakit kekurangan darah (anemia)

Ketika Dahan atau daunnya dipotong, maka akan keluarlah cairan seperti susu yang mengandungi Damar (resinous) dan berwarna putih. Jika dicampurkan ke dalam susu, susu akan menjadi pekat.

Biological form
Tree up to 15 m tall, terrestrial
Leaves
shape & colour
elliptic to subcordiform, chartaceous, apex rounded, base cordate to rounded, both surfaces scabrous to puberulous
size
14x10 cm
lateral veins
4-7 pairs, basal pair branched, reaching the margin at or below the middle of the lamina
petiole
0.5-3 cm long, puberulous
Stipules
0.5-1 cm long, (sub)puberulous, caducous
Figs
position
on 20 cm long branchlets on the branches (ssp. sycomorus) or in the leaf axils (ssp.gnaphalocarpa)
shape
globose to subpyriform, Æ 5 cm (fresh), (sub)puberulous
peduncle
0.3-0.6 cm long
basal bracts
2.5-3 mm long


  
Kandungan
  • Gula 18-30%
  • bahan Azote 51 %
  • Zat Lemak 10-20%
  • Buah Tin Basah (70 Kalori)
  • Buah Tin Kering (267 Kalori)


Buah Tin Sebagai Faktor Pencegah Tumor
Penggunaan buah tin sebagai ubatan mulai marak di seluruh dunia. Fakta ini diungkapkan oleh Jonathan Harwell, seorang pakar tumor Amerika Syarikat dari Lembaga Kanser Dalam Negeri di Bethesda Maryland, dalam Jurnal Lloydia Edisi Januari 1970. Dr. M. Kochi (dari hospital Ishi Shoka di Kota Shiba; Jepun) juga mempunyai pandangan yang sama terhadap perubatan Buah Tin. Beliau mencatatkan bahawa Kanser Ehrlich (Ehrlich Carnicoma) pada seekor tikus hilang ketika menggunakan perahan buah tin. pada Kongres Kanser Antarabangsa yang ke 12 tahun 1978, beliau meyakinkan bahawa adanya hasil penemuan yang baik dari buah tin ketika digunakan untuk mengubati Tumor Ganas pada manusia dengan cara melakukan pengembunan wap buah tin.

Setelah ujian ke atas tikus adalah berjaya, ujian pengubatan dilakukan ke atas 90 pesakit tumor kanser yang sudah lama dan harus dilakukan pembedahan. Setiap pesakit diberikan Minyak Almond Pahit yang sudah diformularkan dalam bentuk unsur sekloda castrin minyak almond pahit yang disingkatkan dengan "CDBA" melalui mulut dan Dubur dengan dos sebanyak 10mg / 1 Kg berat badan setiap harinya.

hasilnya 57 pesakit yang menjalani rawatan dinyatakan memiliki kemungkinan sembuh. 19 Pesakit di antaranya memberi tindakbalas secara sebahagian atau dengan kata lain pesakit mengalami penurunan lebih dari 50%. Pengubatan ini juga telah memaksa sel-sel kanser untuk berubah ke dalam bentuk yang normal. (Jurnal Cancer Treatment Reports edisi januari 1)


No comments:

Post a Comment