Nama Tempatan
Zaitun , olive
Nama Saitifik
Olea europaea
Keluarga
Oleaceae
"Allah yang menerangi
langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran)
adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam
geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang
bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak
manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa
naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada
matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya
bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur
hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya
berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah
mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
Buah zaitun atau nama botaninya
olea europaea tergolong dalam keluarga Oleaceae. Pokok zaitun sendiri boleh
dikatakan termasuk dalam tanaman purba dan banyak ditanam di kawasan
Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki,
Itali, Tunisia, Morocco, Asia Tengah dan beberapa bahagian Afrika. Di dalam
surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama
seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan
Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada
tempat dan taburan penanaman buah zaitun
Pokok zaitun adalah tanaman
tahunan yang dapat tumbuh walau di tanah gersang sekalipun. Ðikenali juga
dengan nama Olive, pokok zaitun ini biasanya akan berbunga pada musim bunga dan
buahnya boleh dipetik pada akhir musim gugur sehinggalah musim sejuk. Buah
zaitun mentah berwarna hijau terang. Apabila matang, buahnya akan berubah
menjadi warna ungu kehitaman.
Buah zaitun mentah, rasanya masam
sedikit dan agak pahit. Selalunya buah zaitun akan di ekstrak patinya menjadi
minyak zaitun. Jika dimakan pun, buah mentahnya akan direndam dengan larutan
garam menjadi jeruk. Terdapat beberapa jenis buah zaitun yang boleh dimakan
terutamanya selepas dikeringkan di bawah cahaya matahari.
Tumbuhan zaitun mempunyai
ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut
pengamal hadis, setelah taufan dizaman Nabi Nuh A.S melanda, tumbuhan zaitun
adalah yang pertama kelihatan.
Buah yang terbaik untuk dimakan
adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk
buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun
atau cuka. Buah-buah untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi
dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia
diambil dari pokok, jenis dan saiz.
Ðunia moden pada hari ini,
melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Melalui
kajian-kajian sains semasa, mengiktiraf khasiat buah zaitun terutamanya apabila
telah dijadikan minyak. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang
perubatan. Minyak zaitun merupakan sumber terbaik bagi lemak mono tidak
tepu danvitamin E. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga turut
mengandungi fitonutrien polifenolik yang mempunyai aktiviti
antioksidan.
Seandainya minyak zaitun diambil
sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan
membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik
dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun
diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada
kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya
dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW
bersabda,
"Makanlah minyak zaitun,
dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibn Majah)
Terdapat pelbagai jenis minyak
zaitun iaitu Extra Virgin, Virgin dan Light. Minyak zaitun Extra Virgin
merupakan minyak yang paling asli dengan kadar keasidan 0.5 hingga 1%. Warnanya
kehijauan dan sesuai untuk campuran sos salad. Minyak zaitun Virgin pula
mengandungi kandungan keasidan sekitar 4% dan berwarna kekuningan. Biasanya
digunakan sebagai campuran masakan. Manakala minyak zaitun Light pula adalah
minyak yang mengandungi kadar keasidan lebih daripada 4%. Berwarna kekuningan
dan biasanya digunakan sebagai pengganti minyak goreng.
Buah zaitun kaya dengan vitamin E
dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Menurut
kajian, antioksidan ini dikatakan mampu menguatkan sistem imun, mengurangkan
penyakit seperti selesema. Asid oleik di dalam buah zaitun pula dikatakan mampu
berfungsi memberi keanjalan pada kulit dan melindungi elastin kulit dari rosak.
Kelebihan dan Kegunaan Zaitun
Cegah Darah Beku
Sumber polifenois, sebatian
antioksidan di dalam buah zaitun dikatakan mampu mencegah darah beku yang
berbahaya. Satu kajian dalam Journal of American College of Cardiology
mengaitkan sebatian ini dengan peningkatan nitrik oksida, molekul jantung sihat
yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.
Jika dibandingkan dengan diet
tinggi dalam lemak tepu, diet tinggi karbohidrat, terdapat beberapa kajian yang
telah menunjukkan bahawa minyak zaitun bukan sahaja mengurangkan tahap LDL
kolesterol tetapi turut merendahkan tahap gula darah dan mengurangkan keperluan
insulin bagi pesakit tahap dua diabetes.
Mengurangkan Risiko Kanser
Satu kajian yang telah dijalankan
oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford
melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Ðidapati bahawa negara
yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan
sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi
pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.
Ðalam Annals of Oncology (10
Januari 2005) menyatakan pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang
kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser
payudara kerana kandungan asid oleik yang terdapat di dalamnya.
Meningkatkan Metabolisme
Buah zaitun dikatakan mampu
meningkatkan metabolisme. Malah dikatakan mengambil setengah cawan buah zaitun
setiap hari mampu mencegah kegemukan. Khasiat lemak tidak tepu dalam buah
zaitun mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak.
Selain itu, kajian dalam British
Journal of Nutrition mendapati, asid lemak mono tidak tepu merangsang
choolecystokinin, sejenis hormon menekan nafsu makan yang menghantar isyarat
kenyang ke otak.
Melambatkan Proses Penuaan
Menurut Imam Ibn Qayyim Al
Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang
mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang
dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang
belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak
ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses
menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan
lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan
melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Ði samping itu, minyak
zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative'
dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Menghindari Penyakit Kardiovaskular
Dan Arteriosclerosis
Melihat kepada keadaan dan tahap
kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai
pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak
zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan
ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses
radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat
untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.
Kelebihan minyak zaitun boleh
dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana
penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa
makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap
makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada
kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan
buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol
teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat
dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan
bau.
Namun berbeza dengan minyak
zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses
pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau.
Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan
terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang.
Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun
yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal
lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai
jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai.
Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad
SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke
kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam
(kusta)."
Ramuan Untuk Kecantikan
Ði samping itu, mutakhir ini,
manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar
mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan
minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan.
Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Ðengan ini, tidak hairanlah,
ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan
untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan,
sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang
terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang
amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di
dalam al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan
keistimewaannya.
Ringkasan Manfaat Buah Zaitun
:
- Membantu mengatasi masalah darah tinggi
- Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
- Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
- Menghindari penyakit kardiovaskular dan
arteriosclerosis (pembuluh darah tersumbat dan sempit)
- Mengurangkan risiko serangan kanser
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan
tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
- Menyihatkan kulit dan rambut
- Antioksidan - Membekal pelbagai vitamin untuk
antipenuaan
- Membekal vitamin E
- Kegunaan massage terapi
- Membantu mencegah Pembentukan Thrombus (Pembekuan
Darah)
- Membantu Mengurangkan Risiko Kanser (Kanser payudara,
Rahim, Perut, Usus dan sebagainya)
- Membantu mencegah serangan kanser Kulit Gelap
(Malanoma)
- Membantu menecah Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis)
- Mengatasi Masalah Kutu Kepala